Harga Tiket 2023
Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Langkawi. Antara tempat-tempat tersebut, pengunjung hendaklah membayar tiket untuk masuk dan ada diantaranya juga yang Percuma. Berikut adalah senarai harga tiket ke Tempat-Tempat yang menarik yang boleh di lawati di Pulau Langkawi.
Langkawi Sky Cab
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki SkyCab Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, Skycab ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.
Perjalanan dari Pekan Kuah ke Skycab Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi. Ia terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak. Selain itu,ia mempunyai 3 stesen. Stesen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kabel yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.
Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca. Dinasihati anda semak jadual penyelengaraan Skycab di laman web rasmi panoramalangkawi.com sebelum datang.
Harga Tiket:
Dewasa = RM30 (Beserta Mykad)
Kanak-kanak = RM22 (Beserta Mykad)
Waktu Operasi = 9.30 am – 7.00 pm
Tel = +604 9594225
Langkawi Sky Bridge
Langkawi 3D Museum
Terletak dalam persekitaran Oriental Village, Langkawi 3D Museum mempunyai lebih daripada seratus 3D lukisan interaktif, artistik yang dilukis oleh sekumpulan artis antarabangsa yang berbakat. Ini merupakan satu lagi produk oleh Langkawi SkyCab dengan kerjasama Art In Paradise Langkawi yang menyediakan dimensi baru dan pengalaman kepada pelawat.
Terdapat sembilan zon tema yang berbeza yang pengunjung akan menikmati. Ia merangkumi Akuarium Zon, Safari Zon, Fantasi Zon, Optik Ilustrasi Zon, Zon Malaysia, Zon Klasik, Dewan Utama Zon, Zon Interaktif 1 dan Zon Interaktif 2. Muzium ini berhasrat untuk meninggalkan pelawat mereka dengan memori yang menakjubkan setelah mereka menghabiskan masa di Muzium 3D Seni Interaktif yang Terbesar di Malaysia.
Harga Tiket:
Dewasa = RM30 (Beserta Mykad)
Kanak-kanak = RM20 (Beserta Mykad)
Waktu Operasi = 9.00 am – 6.00 pm
Tel = +6013 4911124